Sunday 6 May 2012

tak tercapai akal


Part 2
Saya masih terkenang pada permulaan perkenalan kami.Dialah selalu ada bila saya perlukan pendapat dan nasihat dia.Kadang-kadang saya rasa dia amat dekat dengan fikiran dan hati saya.dengan nada bergurau  dia pernah berkata dia pernah menangkap gambar saya ketika  sedang asyik melukis.saya tergelak dengan dengan kenakalannya.dia memang seorang yang periang,mudah diajak berbincang,kuat kerja dan kadang-kadang mudah merajuk.tapi dia mudah dipujuk.4 bulan selepas itu.kami telah rasmi bergelar pasangan kekasih.saya pernah kata kat dia awaklah perempuan pertama yang saya sangat cinta selepas ibu saya.dia tergelak.dia cakap lelaki suka sangat cakap macam itu.tapi saya cakap saya serius sayangkan dia.dan takkan mungkin saya akan jumpa perempuan lain seperti dirinya.masa itu saya betul2 tekad  dialah pertama dan terakhir untuk saya.sebab saya sukar nak cari apa yang membuatkan saya sayangkan seseorang.sejujurnya dialah cinta pertama saya ! . Angan-angan saya bila saya sudah bekerja saya nak kahwin dengan dia.sepanjang percintaan kami,tiada benda yang lebih penting apabila melihat dia sentiasa tersenyum dan suka mengusik.saya nak dia bahagia bila kami bersama.dan saya dapat lihat dari sinar matanya.tapi sebenarnya kami tidaklah macam pasangan lain yang sentiasa berjumpa.sebab masing2 amat memberi komitmen dengan kerja dan tugasan.saya dan dia persamaan.prinsip kami juga agak sama.kami tiada masalah kalau kami tidak berjumpa walaupun beberapa hari.tapi saya selalu terima mesej:
“Sayang,may allah always bless u.and I love everything 4 u”
Bila teringat akan dirinya,saya selalu bertekad untuk lakukan terbaik untuk tugasan.terlalu hebat penangan cintanya.dia seorang yang memahami,bila waktu yang dibahagikan untuk kerja dan bersama kawan-kawan.saya tiada masalah jika keluar bersama kawan-kawannya dan sebaliknya.dia pernah bercinta semasa zaman sekolah dahulu.dia kata cinta monyet.entahlah.tapi dia cakap teman lelakinya itu tinggalkan dia sebabkan perempuan lain yang dia  kenal kat PULAPOL.tapi dia tak berdendam pun dengan lelaki itu.mungkin bukan jodohnya.dia terima dengan reda apa yang lelaki itu buat kat dia.dia selalu pesan kat saya,dia sayangkan saya.dan dia tak nak kami berpisah.saya pegang kata-kata itu sebab saya amat2 menyayangi dirinya dan saya tidak mahu sakiti hatinya buat kali kedua.setiap malam saya berdoa Tuhan berikan kebahagiaan kepada orang yang saya cintai.

No comments:

Post a Comment