Thursday 3 November 2011

Untuk mu sayang......ku harap kau mengerti

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

cintaku

Cintaku satu anugerah
lahir dari hati yang setia
tergenggam erat dilipatan sanubari
terhias indah di balkoni hati
penuh dengan kasih dan sayang
Cintaku satu kepastian hati
sukar untuk tergugat oleh perasaan
walaupun seindah pelangi menyapa
secantik kasih rembulan bersahut
sepanas kasih mentari bersinar
cintaku tidak pernah tergadai
Cintaku satu anugerah terindah
penuh onak dan duri
terlakar dikanvas hati terluka
berdarah berpilin madu
segalanya sukar dipandangan mata kasar
namun cintaku indah
cintaku mampu bertahan hingga hujung usia
cintaku sukar untuk dilafazkan
cintaku sukar untuk dinodai
yang pasti cintaku setia
menghuni hati yang kesakitan
menghuni jiwa yang terlara
menghuni kasih yang terbahagi
tanpa ku sesali..takdir yang menimpa
tanpa ku kesali..maksud yang tersirat
tanpa ku duga ..cintaku teruji lagi
di persada kasih yang berwarna indah
tersulam kelam bertenun muram
terukir hiba dalam senyuman
Indahnya sewaktu kita bersama
Terasa bagai di syurga
Engkaulah sinaran cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku

Sehingga kini ku masih terbayang
Ketika memadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita

Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam dan karam di lautan

Cinta suci
Biarlah ia pergi
Demi kebahagianmu
Ku relakan dikau
Pergi dariku

Oh kasih mengertilah
Hatiku ini yang terluka
Nantikan ku di pintu syurga
Hanya airmata
Menjadi teman hidupku
"Ya Rabbi...
kutitipkan cintaku pada-MU untuknya
resapkan rinduku pada rindunya
mekarkan cintaku bersama cintanya
satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta-MU
...kerana sungguh aku mencintainya karena-MU..:)"
(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥`TERINDAH BUAT HATI

❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿
❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿
Kadang2 kita MENANGIS atas KEHILANGAN sesuatu..Mungkin seseorang yg MENGHARGAI kita serta membuatkan kita rasa ISTIMEWA sebelum ini,tapi.. akhirnya tidak menghargai kewujudan kita lagi...Jadi,Allah mendidik kita untuk BERSABAR atas kehilangan itu..Mungkin siapa tahu, DIA akan MENGHADIAHKAN kita dengan PENGGANTI yang LEBIH BAIK dari apa yang kita TANGISI atas kehilangan itu..Maka,BERSABARLAH duhai HATI..
❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿
❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿

munajat cinta

YA ALLAH..
Seandainya kau telah catatkan, Dia milikku, tercipta untukku,
Dekatkanlah dia padaku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah
...
kemesraan antara kami, Agar kebahagiaan itu abadi.

YA ALLAH..
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini, Ketetapan yang
sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami.

Tetapi YA ALLAH..
Seandainya engkau telah takdirkan, Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku. Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

YA ALLAH Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang
merah, Agarku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya.

YA ALLAH yang Tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, Adalah yang
terbaik untukku, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambaMu ini.

YA ALLAH Yang Maha Mengetahui..
Segala sesuatu dilangit dan dibumi,
Engkaulah yang melimpahkan rezeki, Buat hambaMu ini..
Engkau jualah yang mengatur hidupku dan matiku..
Maka aku redha, atas segala ketetapanMu..
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

YA ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Adil..
Jika siang dijadikan ia sebagai mencari rezeki..
apabila malam menjelma ianya sebagai untuk hamba-hamba-MU merebahkan diri bagi mendapatkan segala tenaga dan zat-zat
sebagaimana Engkau telah memberikan segala apa yang ada pada hambaMu kesihatan...

Engkau jua telah memberikan setiap pasangan jiwa murni
seperti sepasang kasih sayang ADAM & HAWA,
begitu juga anak-anak, cucu-cucu untuk
mencari kasih suci setiap insan
yang berada di muka bumi yang sementara.
.

hanya padaNya....


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

menuju.....

~✿..Hidup di dunia ini ibarat sebuah PERJALANAN yang terlalu PANJANG dan terlalu banyak PERHENTIAN SEMENTARA sehinggakan kadangkala terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana..✿~

“Demi masa. Sesungguhnya MANUSIA itu benar-benar berada dalam KERUGIAN, kecuali orang-orang yang BERIMAN dan mengerjakan AMAL SOLEH dan NASIHAT-MENASIHATI supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi... kesabaran.”
(Surah al-‘Ashr : 1-3)

>>> Perjalanan hidup itu pastinya BUKAN SEMUDAH yang kita sangkakan kerana Syurga itu MANIS, pastinya kita akan DIUJI sebelum masuk ke dalamnya..apabila kita masih diberi PELUANG untuk mengumpul sebanyak mungkin AMALAN KEBAIKAN di dunia, masih diberi peluang untuk belajar ilmu-ilmunya, maka belajarlah dan kejarlah pintu-pintu kebaikan itu..selagi kita masih punya ibu dan ayah, maka BERBAKTILAH pada mereka kerana kita tidak tahu apakah KEBAIKAN yang sudah kita jalankan itu sudah cukup untuk melayakkan diri kita sebagai ahli SyurgaNya..maka teruskanlah melakukan kebaikan dan HINDARKAN diri dari KEMUNGKARAN selagi mana kita diberi peluang untuk melakukannya..(✿◠‿◠)

Monday 31 October 2011

Awan-awan menghitam
Langit runtuhkan bumi
Saat aku tahu
Kenyataan menyakitkan
Mengapa semua menangis
Agar aku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan
Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Campur bahagia di harinya
Berikan dia hidup
Tuhan terserah padamu
Aku ikut maumu tuhan
Ku catat semua ceritaku
Dalam harianku

sewaktu aku terjaga dari mimpi..
aku masih membilang hari…
membilang sudah berapa hari kita tidak bertemu..
sudah berapa bulan kita tidak berjumpa…
seperti dahulu…

aku masih hidup di dalam kenangan kita…
aku masih merasa nyalaan api cinta kita…
aku masih merasa kau masih ada di sisi ku
hakikat perpisahan masih lagi tidak dapat ku terima…
aku masih mahu menghabiskan semua hidupku bersama dirimu..

mengapa kau tergamak menduakan diriku…
mengapa perpisahan yang kau pinta…
mengapa jarak yang memisahkan kita…
mengapa kau meninggalkan diriku??
sedangkan aku masih mahu mencipta kenangan bersama dirimu…

aku tahu aku masih di sini…
setia menanti….
menanti pada yang tidak pasti…
menunggu pada yang tidak akan hadir kembali..
untuk menyalakan api cinta kita yang sudah terpadam..
aku tahu kau sedang bahagia bersama dirinya…
redup matamu yang pernah mencairkan hatiku..
kini menjadi miliknya…
renungan matamu yang pernah menyapa mataku…
kini sedang menyapa matanya…
aku masih tidak jemu menunggu dirimu…
masih tidak jemu menanti dirimu…
seperti yang pernah aku janji..

AKU AKAN MENUNGGUMU…

Friday 28 October 2011

✿~ Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LEMAH dan BERKURANGNYA SEMANGAT mujahadahmu, maafkan aku..

Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU..

--> Ya Allah, ku akui KELEMAHAN dan KESILAPANKU..andai pernah diriku menjadi PUNCA jauhnya seseorang hamba daripadaMu, AMPUNIKU ya Allah..

Rinduku...

Rinduku

Ku menangis karna cintamu..
Ku menangis karna rindumu..
Ku menangis karna jauh darimu..
Ku menangis karna trpenjarakan anganmu..

Andai waktu bisa d ulang kembali..
Ku ta akan mlepaskanmu pergi..
Ku ingin kau slalu menemaniku..
Dari pagi hingga malam mnjemputku..

Menatap teduh d matamu..
Memeluk erat hangat cintamu..
Memanjakan angan brsama geloramu..
Hingga waktu ta trasa cepat brlalu..
-Aku belajar melupakan seseorang yg melupakan aku...
-Aku belajar memaafkan semua orang yg menyakiti aku...
-Aku belajar utk menjadi yg terbaik utk org yg aku sayangi..
-tetapi,ssuatu yg tak bisa aku pelajari yaitu,
"harus belajar TERSENYUM disaat org yang aku sayangi MENYAYANGI org lain... 
 -

Wednesday 26 October 2011

Sahabat...Berikan yg TERBAIK hari ini, krn kemarin tlah berlalu & esok blm tentu umur kita sampai.
Hari ini...Bertobatlah sungguh2 krn AmpunanNya Maha Luas.
Lurus & sucikan keyakinan pdNya krn Dia Maha Kuasa selain Dia, ngga bs apa2, bumi langit & sgala sesuatu yg terjadi didlmnya berada dlm genggamanNya
Minta maaflah pd org2 yg qt sakiti & berbuat baiklah pd smua makhluk.
Maafkanlah org2 yg meny...akitimu krn mrk digerakkan olehNya utk menyampaikan ujian tsb kpd kita agar kita menjd org yg MUDAH MEMAAFKAN.
Sujudlah pdNya krn sesungguhnya Dia mencintai kita melebihi kita mencitai diri kita sendiri krn Kasih SayangNya Sempurna.
Penuhi hatimu sahabat...dgn kasih sayang shg sgala kebencian akan sirna, kau akan mudah utk menolong org lain & kau akan digolongkan kpd org2 yg SABAR & SYUKUR.
Bersyukurlah jika kita masih YAKIN akan Kekuatan dari KASIH SAYANG
Krn Allah SWT tak henti-hentinya mencurahi kita Kasih Sayang yg Sempurna, kerana Rasulullah SAW mencurahi kita kasih sayang yg Agung & Mulia, kerana Ibu kita mencurahi kasih sayang semenjak dalam buaian, kerana saudara & sahabat-sahabat yang ikhlas mencurahi kita kasih sayang dalam suka & duka. Bersyukurlah jika kita masih YAKIN akan dahsyatnya KESATUAN HATI. Kerana jika kita sudah tidak percaya lagi akan hal-hal sesungguhnya kita berada dalam KEGELAPAN yg nyata.

Thursday 20 October 2011

mbb

kalau boleh saya tidak mahu,awak pergi jauh dalam hidup saya..kerana saya sayang sangat pada awak.setiap ketika saya fikirkan tentang awak.lebih-lebih lagi sekarang ini saya terpaksa lepaskan awak pergi..semuanya demi masa depan,demi keluarga,demi kawan-kawan awak dan demi Tuhan,tanpa semua itu awak cakap awak tidak akan sampai ke tahap yang awak impikan sekarang ini.saya tahu awak dapat lakukannya.walaupun kadang-kadang awak mengeluh kerana terpaksa berjauhan.mungkin ada hikmahnya.lagi jauh jarak awak dari saya,saya yakin makin kuat tali perhubungan antara kita,awak jangan risau...jangan pernah berubah itu tetap saya ingat.saya tidak akan lupa,selagi hati ini untuk awak...

hari tanpa mu

kalau kau masih ingat
rutin harianku
tetap sama 
sama seperti dahulunya
tiada yang berubah,
sibuk dengan tugasa-tugasan harian..
kadang-kadang aku lupa 
bahawa aku tubuhku sudah 
semakin susuk...
mungkin aku terlupa 
untuk makan
dan luangkan masa untuk istirehat
hanya kerana banyak kerja perlu 
dilakukan...
tapi kau 
pernah berpesan kerja tidak akan habis
selagi tidak menutup mata...
terkenangkan kata-kata itu aku hati sebak 
kerna aku tidak bisa lagi mendengar kata-katamu lagi...
dalam pendengaran itu..
ia amat mustahil !!!
kau telah meninggalkan aku dan kenangan kita
masa-masa terlalu telah lama meninggalkan aku dan juga dirimu...
tapi aku tiada kekuatan melupakan selagi antara kita..
kerana mata ini sentiasa melihat dirimu...
kerana telinga ini sentiasa mendengar kata-kata perangsang,
kerana mulut ini kadang-kadang tersebut namamu
dan hati ini masih untukmu....
meskipun pun kau di alam sana...
dirimu tersemat utuh di kolam hati ini...:)

Saturday 15 October 2011

Menulis Dalam Debu


menulis dalam debu
tidak sesejuk
menulis dalam air
juga tidak sepanas
menulis dalam api
tetapi
menulis dalam debu
kadangkala
mata yang menjadi kelabu
mulut menjadi kelu
perjalanan jadi keliru
menulis dalam debu
tidak setenang
menulis atas bangku
juga tidak segagah
menulis dalam perahu
tetapi
menulis dalam debu
hati menghiris selalu
budi tiada laku
diri sepi semilu
ditiup angin lalu…
_211011 unimasliyajulita

Thursday 13 October 2011

Hanya Sekali...


Pertama kali  perkenalan antara kita…aku merasakan kau adalah lelaki yang terbaik…Walaupun aku sebenarnya terlalu sukar untuk melafazkan kalimat itu…sungguh aku tidak pernah berkata begini kepada lelaki-lelaki  lain yang pernah kukenali...Kau yang pertama…Tetapi sayang Tuhan itu lebih menyayangimu lebihan sayang insani.Hanya kepadaNya kita kembali…
Mengingati detik-detik bersamamu suatu ketika dahulu adalah memori yang menjadi mimpi-mimpiku yang tidak pernah berhenti…Namun aku sedar dirimu telah jauh meninggalkan dunia yang fana ini…Meskipun begitu aku senantiasa mendoakan dirimu di tempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan taat kepada suruhanNya.
Mengenalimu suatu keindahan yang tidak akan aku lupakan sepanjang hayatku..sungguh aku amat mengagumi dirimu sahabat..kita di izinkan untuk bersama hanya seketika..namun segala yang  berlaku antara kita amat sukar dilupakan dalam memori hidupku..kau terlalu istimewa untukku..aku tahu kita mempunyai perasaan yang sama dan impian yang sama…namun Dia Maha Mengetahui.Dia telah menentukan segalanya untuk kita.. dan kita hanyalah hambaNya..
Walaupun kita diciptakan bukan untuk bersama untuk merasai perasaan kurniaanNya..aku tahu janjiNya pada hambaNya yang sujud patuh kepadaNya..Insya allah.Doa ku moga kebahagian ini akan berkekalan sampai ke hujungnya.Kita akan bertemu di alam berkekalan buat selamanya..Amin
Aku akan terus bertahan
Demi cintaku padaNya
Harapanku hanya Satu
Keredhaan dariMu…

Wednesday 12 October 2011

Tulus Cinta

biarkanlah cinta seperti awan. bebas terbang kesana-kemari dengan senang dan sedih. dan biarkan aku jadi langit, menemani dan selalu menjaga awan d stiap hari-harinya. saat matahari datang dan tenggelam, saat bulan terbit dan tergantikan, saat ada dan tak ada bintang dan pelangi nan indah. disaat hujan datang melangkah. :) ♥
aku selalu ada untukmu, dan takkan pernah letih mencintaimu. :*

Karena Cemburu

Janganlah engkau cemburu..
Karna cintaku hanyalah untukmu..

... Cemburumu akan membuat hati terluka..
Aku tau cemburu bertanda-Nya rasa cinta..
Tapi kecemburuan bisa membuat putusnya cinta..
Hingga sampai-sampai berputus asa..

Cinta bukan harus memiliki..
Namun cinta bisa kita nikmati..
Yang ku harap kau baik-baik saja..
Karna aku di sini tetap selalu setia..

Maka jalani dengan apa ada-Nya..
Berdo'a lah pada yang Maha Kuasa..
Agar kita bisa tercapai atas cinta-Nya..
Jika memang itu jodoh tak akan kemana..

Setia-ku bukan untuk sementara..
Tapi setia-ku untuk selama-Nya..
Jika Tuhan mengabulkan-Nya..
Atas Ridho-Nya dan kehendak-Nya..

Aku Pernah Jatuh Cinta

Aku adalah bagian dari goras-garis..
Yang jika tergores akan menangis..
Aku adalah bagian kotak-kotak..
... Yang jika terjebak akan berteriak..

Aku adalah bagian dari lingkatan..
Yang kalut saat menghadapi persoalan..
Aku adalah bagian dari sebuah teka-teki..
Yang jika tak terjawab dengan mudah akan mati..

Dan aku adalah bagian dari sebuah pertanyaan..
Apakah cinta ini memang harus di katakan..
Jika aku adalah sebuah merpati meninggi..
Yang akan mengungkapkan dengan hati..

Untuk semua cinta yang pernah ku lalui..
Aku pernah menjadi apapun untuk mengerti..
Bahwa cinta tak akan pernah kumiliki..
Untuk saat ini..

Friday 7 October 2011


Dalam  hidup ini banyak dugaan yang  perlu diharungi,tanpa mengenal semua ini kita tidak mungkin akan mengenal,apakah itu kesusahan,apakah itu kepayahan,apakah itu kekusutan,apakah itu penderitaan,apakah itu penyelesaian..semuanya mesti difikirkan.Semua ini tentu sekali tidak mudah bagi kita apabila membuat keputusan dalam menentukan sesuatu keputusan yang terbaik dalam kehidupan