Thursday 3 November 2011

Untuk mu sayang......ku harap kau mengerti

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

cintaku

Cintaku satu anugerah
lahir dari hati yang setia
tergenggam erat dilipatan sanubari
terhias indah di balkoni hati
penuh dengan kasih dan sayang
Cintaku satu kepastian hati
sukar untuk tergugat oleh perasaan
walaupun seindah pelangi menyapa
secantik kasih rembulan bersahut
sepanas kasih mentari bersinar
cintaku tidak pernah tergadai
Cintaku satu anugerah terindah
penuh onak dan duri
terlakar dikanvas hati terluka
berdarah berpilin madu
segalanya sukar dipandangan mata kasar
namun cintaku indah
cintaku mampu bertahan hingga hujung usia
cintaku sukar untuk dilafazkan
cintaku sukar untuk dinodai
yang pasti cintaku setia
menghuni hati yang kesakitan
menghuni jiwa yang terlara
menghuni kasih yang terbahagi
tanpa ku sesali..takdir yang menimpa
tanpa ku kesali..maksud yang tersirat
tanpa ku duga ..cintaku teruji lagi
di persada kasih yang berwarna indah
tersulam kelam bertenun muram
terukir hiba dalam senyuman
Indahnya sewaktu kita bersama
Terasa bagai di syurga
Engkaulah sinaran cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku

Sehingga kini ku masih terbayang
Ketika memadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita

Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam dan karam di lautan

Cinta suci
Biarlah ia pergi
Demi kebahagianmu
Ku relakan dikau
Pergi dariku

Oh kasih mengertilah
Hatiku ini yang terluka
Nantikan ku di pintu syurga
Hanya airmata
Menjadi teman hidupku
"Ya Rabbi...
kutitipkan cintaku pada-MU untuknya
resapkan rinduku pada rindunya
mekarkan cintaku bersama cintanya
satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta-MU
...kerana sungguh aku mencintainya karena-MU..:)"
(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥`TERINDAH BUAT HATI

❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿
❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿
Kadang2 kita MENANGIS atas KEHILANGAN sesuatu..Mungkin seseorang yg MENGHARGAI kita serta membuatkan kita rasa ISTIMEWA sebelum ini,tapi.. akhirnya tidak menghargai kewujudan kita lagi...Jadi,Allah mendidik kita untuk BERSABAR atas kehilangan itu..Mungkin siapa tahu, DIA akan MENGHADIAHKAN kita dengan PENGGANTI yang LEBIH BAIK dari apa yang kita TANGISI atas kehilangan itu..Maka,BERSABARLAH duhai HATI..
❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿
❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿

munajat cinta

YA ALLAH..
Seandainya kau telah catatkan, Dia milikku, tercipta untukku,
Dekatkanlah dia padaku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah
...
kemesraan antara kami, Agar kebahagiaan itu abadi.

YA ALLAH..
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini, Ketetapan yang
sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami.

Tetapi YA ALLAH..
Seandainya engkau telah takdirkan, Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku. Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

YA ALLAH Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang
merah, Agarku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya.

YA ALLAH yang Tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, Adalah yang
terbaik untukku, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambaMu ini.

YA ALLAH Yang Maha Mengetahui..
Segala sesuatu dilangit dan dibumi,
Engkaulah yang melimpahkan rezeki, Buat hambaMu ini..
Engkau jualah yang mengatur hidupku dan matiku..
Maka aku redha, atas segala ketetapanMu..
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

YA ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Adil..
Jika siang dijadikan ia sebagai mencari rezeki..
apabila malam menjelma ianya sebagai untuk hamba-hamba-MU merebahkan diri bagi mendapatkan segala tenaga dan zat-zat
sebagaimana Engkau telah memberikan segala apa yang ada pada hambaMu kesihatan...

Engkau jua telah memberikan setiap pasangan jiwa murni
seperti sepasang kasih sayang ADAM & HAWA,
begitu juga anak-anak, cucu-cucu untuk
mencari kasih suci setiap insan
yang berada di muka bumi yang sementara.
.

hanya padaNya....


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

menuju.....

~✿..Hidup di dunia ini ibarat sebuah PERJALANAN yang terlalu PANJANG dan terlalu banyak PERHENTIAN SEMENTARA sehinggakan kadangkala terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana..✿~

“Demi masa. Sesungguhnya MANUSIA itu benar-benar berada dalam KERUGIAN, kecuali orang-orang yang BERIMAN dan mengerjakan AMAL SOLEH dan NASIHAT-MENASIHATI supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi... kesabaran.”
(Surah al-‘Ashr : 1-3)

>>> Perjalanan hidup itu pastinya BUKAN SEMUDAH yang kita sangkakan kerana Syurga itu MANIS, pastinya kita akan DIUJI sebelum masuk ke dalamnya..apabila kita masih diberi PELUANG untuk mengumpul sebanyak mungkin AMALAN KEBAIKAN di dunia, masih diberi peluang untuk belajar ilmu-ilmunya, maka belajarlah dan kejarlah pintu-pintu kebaikan itu..selagi kita masih punya ibu dan ayah, maka BERBAKTILAH pada mereka kerana kita tidak tahu apakah KEBAIKAN yang sudah kita jalankan itu sudah cukup untuk melayakkan diri kita sebagai ahli SyurgaNya..maka teruskanlah melakukan kebaikan dan HINDARKAN diri dari KEMUNGKARAN selagi mana kita diberi peluang untuk melakukannya..(✿◠‿◠)