Thursday, 24 March 2011

Tsunami Di Jepun...~~V~~








WaNiTa yG SoLeHaH...(*v*)....


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Cinta Kerana Allah

Cinta Kerana Allah

Tuesday, 15 March 2011

-Kau Cinta Sejati- my first dream^__^


           Pagi ini amat mendamaikan!getus hati Lissa sambil menarik nafas panjang dan mensyukuri nikmat Tuhan.Dia mendepakan kedua-dua belah tangannya dan melakukan beberapa senaman ringan.Sudah lama dia tidak melakukan senaman malahan berjoging seperti selalu.Rutin harian di pejabat membantutkan segala keinginan untuk dirinya selama ini.Kepulangannya dari tanah air tercinta sejak 2 bulan lalu,telah mengubah hidup Lissa.Lissa bukan lagi seorang budak hingusan yang selalu diejek oleh abangnya.Tetapi Lissa sekarang sudah dewasa.Dah 24 tahun.Jurusan undang-undang yang dimiliki membulatkan tekadnya,bahawa dia juga boleh berjaya seperti abangnya yang telah pun melancarkan pembukaan firma guaman sendiri baru-baru ini.Di sebalik kejayaan abang Hazril,Lissa amat kagum dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh abangnya itu dalam mengejar cita-cita.Maklumlah dah banyak pengalaman.Kalau tidak silapnya sudah 6 tahun abangnya bergelar peguam.
        Lissa menghembuskan nafas lega.Namun kejayaannya hari ini juga merupakan janjinya pada seorang sahabat yang juga bergelar kekasih.Lissa sekali-kali tersenyum kelat apabila mengimbas kembali kenangan lalu.
        Pada pagi yang dijanjikan Lissa dan Haikal keluar untuk berjogging bersama-sama memandangkan mereka telah seminggu tidak bertemu.Sejak peperiksaan STPM tamat mereka tidak mempunyai kesempatan untuk bertemu memandangkan aktiviti harian kerap menghimpit ruang masa antara mereka, Namun ledakan rindu yang melanda dua jiwa,mereka telah sepakat mengaturkan pertemuan. Hilaian tawa Lissa kedengaran apabila dikejar oleh Haikal dari belakang.Lissa tercunggap-cunggap berlari ke arah sebuah bangku kayu yang berhampiran.Bangku kayu tersebut diteduhi dengan sebatang pokok rendang. Lissa terduduk di atas bangku tersebut dengan kepenatan.Dia mengesat peluh yang membasahi wajahnya. Panasnya hari ini!Mentari pagi kian memancar menyuluh bumi seterusnya memberikan manfaat kepada manusia sekiannya.Haikal menyandarkan badan pada pohon rendang yang berdekatan.
“Macam mana,nak jogging lagi ke?”ucap Haikal dengan sisa-sisa ketawa yang ada.
“Tak nak la,awak jahat kejar saya laju sangat”keluhan Lissa dengan rengekan yang dibuat-buat sambil memerhatikan seorang kanak-kanak comel berkejaran dengan ibu bapa mereka di taman permainan di situ
“Itulah awak jogging dengan jaguh pemain hoki,mana tak penatnya”ujur Haikal seakan-akan berbangga dengan dirinya.Lissa sempat menjengkel bibirnya dan bersuara”Ahh perasaan!
Haikal tersenyum melihat aksi gadis pujuan hatinya itu.Lissa memang suka merajuk,tapi itulah membuatkan dia bertambah sayang pada gadis.Sudah lebih 3 tahun hubungan mereka terjalin,dan dia amat bertuah mengenali si pemilik wajah bujur sirih ini.
“Lissa…minggu depan saya nak bertolak ke Johar,Pak saudara saya offer saya kerja dengan dia sementara result keluar nanti”terang Haikal dengan begitu tertib sekali.Lissa mengerutkan dahi.Wajah Haikal ditatap tepat.Wajah yang sentiasa membuatkan dia tidak dapat tidur lena,Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah seminggu tidak bertemu.Rakan-rakan sekelas kata Haikal bagaikan persis Lee Min Hoo seorang pelakon korea yang terhangat pada masa kini …Kadang-kala Lissa tertawa dengan pandangan mereka.Kalau ada pun persis  sikit je kot,mata Haikal benar-benar mengoda. Ahh..biarlah persis sesiapa pun asalkan lelaki itu mencintainya sepenuh hati.Sebetulnya dalam hati Lissa tidak pernah berkata tidak kerana,Haikal memang seorang yang kacak.
“Habis tu awak nak tinggalkan saya la..?”duganya
“Saya pergi tak lama.keluar result nanti saya balik la”
Haikal tahu Lissa agak keberatan untuk melepaskannya pergi.Tiga bulan ia suatu tempoh yang agak lama untuk diri menguasaikan keadaan dan fikiran tanpa Lissa di hadapan matanya.Jika dahulu mereka akan berbasikal ataupun menaiki bas ke sekolah,langkah mereka kerap seiringan kemana sahaja mereka pergi.Namun bukan suatu sebab mengapa mereka tidak berjaya dalam pelajaran.Haikal dan Lissa selalu berlumba-lumba dalam pelajaran dan sering mendapat sanjungan guru-guru.Mungkin ia berkat usaha mereka dalam membuat kumpulan perbincangan dengan rakan-rakan sekelas yang lain.Lagipun rakan-rakan sekelas sudah mengetahui hubungan yang terjalin antara mereka.
3 Bulan kemudian
“Tahniah Melissa!!”ucap Cikgu Halina apabila Lissa telah pun menggenggam slip peperiksaannya.Lissa tidak menduga segala usahanya selama ini amat membuahkan hasil yang membanggakan.Lissa percaya semua ini adalah adalah berkat doa keluarganya,guru-guru dan kawan-kawan yang tidak serik memberikan semangat kepadanya untuk berjaya sehingga mendapat pelajar terbaik sekolah.Tiada terkeluar di mulutnya yang bagaikan tersekat di rongga,sememangnya tidak terluah rasanya perasaannya ketika ini.
Kelihatan di dewan sekolah itu sesat dengan pelajar-pelajar yang berpusu-pusu mendapatkan guru-guru masing-masing untuk yang telah banyak mencurahkan bakti kepada mereka selama ini.Mata Lissa ligat mencari sekujur tubuh yang telah lama  tidak bersua.Rindunya dia kepada lelaki itu.
“Lissa…”
Laungan Shafiera membuatkan Lissa terpingga-pingga.Lissa melangkah mendapatkan sahabatnya dan beberapa orang rakan-rakan yang lain yang tidak jauh dari situ.
“Kenapa ini’tanya Shafiera dengan kehairanan.Dalam perjalanan ke sekolah sebentar tadi,Lissa memang banyak cakap,namun  mengapa macam orang gelisah dengan tiba-tiba.
“Haikal…mana dia”
“Mungkin kejap lagi dia sampai,tak sabar-sabar nak jumpa dia..kau dah call dia”gurau Shafiera cuba menenangkan hati sahabatnya.Maklum la orang tengah hangat bercinta!
“Entah..”Keluh Lissa tidak berpuas hati.Mereka berjanji untuk jumpa di dewan sekolah sebelum mereka semua akan meraikan kejayaan mereka di sebuah restoran berdekatan sekolah.Tapi sampai sekarang Haikal tidak muncul-muncul lagi.Adakah dia tidak dapat datang? Tapi tidak mungkin,Takkan dia tidak ingin melihat keputusan peperiksaannya.Fikirannya benar-benar buntu,dia cuba mendail nombor telefon Haikal semula,namun gagal!!

Masa berlalu….

Aku masih disini,menanti kehadiranmu,walaupun ramai yang berkata kau tidak akan muncul lagi.Aku hairan mengapa keadaan menjadi sebegini sukar.Mengapa kau bertindak demikian.Di saat kita sama-sama meraikan hari yang yang bertuah.Aku ingin sekali kita mengabadikan kenangan bersama rakan-rakan yang lain.Tapi kau pendusta! Puas aku dan rakan –rakan yang lain menjejaki kau,tapi hampa..kau tiada.Aku betul-betul binggung memikirkan dirimu..Haikal.
Aku cuba mendapatkan numbor telefon dan alamat pak saudara  Haikal di Johor,tapi segalanya tidak menjadi.Maklumat daripada rakan-rakan melalui orang-orang disana mengatakan pak saudara Haikal sudah beberapa bulan berpindah.
Shafiera bertandang ke rumahku pada lewat senja, Kebiasaaannya jikalau tidak sibuk rumah keluargaku akan menjadi tempat persinggahannya.Hal ini kerana keluarga Shafiera tinggal jauh di utara semenanjung selepas ayahnya bersara 4 tahun lalu dan berhasrat untuk tinggal di kawasan perkampungan.Jawatan sebagai penolong pengurus projek yang disandangnya membuatkan sahabatnya itu sibuk memanjang. Kami sememangnya bagaikan adik beradik  malahan mama dan papa juga menganggap Shafiera seperti anak mereka sendiri,Hubungan persahabatan yang dijalinkan sejak sekolah rendah membawa kepada hubungan yang cukup erat sehingga kini,
“Hai termenung panjang tuan puteri kita ni,ada apa-apa ke?
“Em..tak adalah sangat”Keluh Lissa cuba selindung.Safiera duduk dikerusi yang menghadapnya.Wajah Lissa ditenungnya.Lissa mengerut dahi tanda hairan dengan kelakuan sahabatnya itu.
“Kenapa kau tenung aku macam tu?Cantik sangat ke aku hari ini?”ujur Lissa berbasi-basi
“Cantik,siapa kata tak cantik?Kau cuti hari ni” Safiera memulakan gurauannya sambil ketawa terkekah-kekah.Lissa mengetap bibir.Dah mula la tu.
“Ish…iya la tu,aku kerja separuh hari ini,bos bagi aku rehat”terang Lissa.
“Wow…mentang-mentanglah firma tu abang kau punya,senang-senang je kan kau ambik cuti eh”ucap Safiera cuba menduga.
“Banyaklah kau,lagi teruk ada aku kena buat kerja lepas ini tau,kes pulak bertimbun-timbun belum settle lagi tau”jawab Lissa.Baginya kerja,tetap kerja walaupun dengan sesiapa pun.Dia tidak mahu dianggap cuba mengambil kesempatan atas hubungan kekeluargaan yang terjalin.Sejak kecil lagi dia belajar untuk berdikari dalam apa jua yang hendak dilakukan. Sepertimana ayahnya yang telah berjaya membuka syarikat firma yang terulung,dan kini abangnya telah membuktikan dirinya juga dapat menandingi ayahnya.Dan dia tekad untuk menjadi lebih daripada itu!  
“Sebenarnya aku ada berita penting nak bagitau kau,tapi kau jangan terkejut tau”ucap Safiera dengan berhati-hari.Shafiera tahu perkara yang akan disampaikan akan menimbulkan satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan.Semacam ada perasaan bercambah di hati Lissa.Tapi Lissa tidak pasti tentang itu.
“Apa dia?
“Aku dan Iqmal keluar tadi,kemudian kami terserempak dengan ….Haikal”jawab Safiera dengan nada sederhana cukup jelas di pendengaran Lissa.Lissa tidak terkata.Sebetulnya pengucapan ini seakan mimpi yang tidak akan menjelma di ruangan realiti.Safiera kaget dengan keadaan temannya itu.
“Lissa kau dengar tak”Safiera cuba menyakinkan sahabatnya itu,supaya tidak dibuai dengan lamunan yang memanjang lagi.
“Ya,aku dengar,apa khabar dia sekarang?”Lissa cuba bertindak secara profesional.
“Dia khabar baik..nanti kitaorang temukan kau orang okey?”ucap Safiera dengan harapan Lissa akan gembira.Lagipun dia dan Iqmal sudah merancang pertemuan untuk sahabatnya itu.Namun Lissa seakan tidak gembira dengan berita yang disampaikan, Sedangkan dia tahu berita itulah yang dinantikan sahabatnya sejal 4 tahum lalu.Tapi mengapa Lissa masih berlagak seperti biasa.Safiera hilang akal.
‘Tidak,aku belum bersedia..lagipun dah tak ada gunanya lagi”
“Lissa kenapa ni??Kau seolah-olah tidak gembira dengan berita ini?
“Entahla Fiera…maaf aku ingin bersendirian”tiba-tiba hatinya dilanda sebak yang amat sangat.Adakah ia sebuah keajaiban yang terjadi.
“Lissa,kau fikirlah baik-baik hubungan kau dan Haikal..aku balik dulu,bye…
Malam itu,Lissa menangis teresak-esak bagaikan kanak-kanak kehilangan alat permainan.Bantalnya basah dengan air mata yang bercucuran keluar.Lissa merasakan hatinya sangat pedih ketika ini dengan mengenangkan apa yang berlalu dalam hidupnya. Kenapa baru sekarang Haikal kembali? teriakan hatinya.Lissa sudah lama tunggu Haikal balik tapi kenapa sekarang? Dia merasakan lelaki itu senjaga memainkan perasaannya.Lissa benci Haikal.Benci…….!Tangisan Lissa makin menjadi-jadi,Biarlah semua orang dengar dia sudah tidak peduli lagi.Selama ini perasaan ini dapat dipendam,tapi hari ini segalanya hancur.Lissa tidak berdaya lagi menahannya.Malam itu Lissa tidur dengan berendam air mata.Mak Temah hairan dengan perangai anak majikannya,tiba-tiba menangis.Tetapi dia takut untuk menegurnya.Kejap lagi baik agaknya tu”bisik hatinya

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan kerana
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungiku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun mampu untuk
Mengenangkanmu

Darimu ketemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati….
Wooo….
                               Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukku
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku’
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah.

27.Julai 2007
Lissa mengenakan mini dress berjenama Jolie berwarna biru laut,bentuk tubuhnya kelihatan begitu menawan.Kemudian dia menyapu sedikit bedak asas dan mengilapkan gincu berwarna merah jambu pada bibirnya.Lissa bersenyum puas dihadapan cermin dan siap sedia untuk ke jamuan hari jadi Safiera.
“Hai…cantiknya kau”puji Safiera sebaik sahaja Lissa datang menghampirinya.
“Iya ke…aku rasa taklah sangat,kau pe kurangnya…em”dia merasakan Safiera cukup menarik perhatian dengan gaun labuh bagaikan puteri yang akan menerima lamaran daripada putera idaman.Lissa memandang sekeliling,keadaan di tepi kolam renang itu mengehadkan pandangan Lissa mencari seseorang.Hah…itu pun dia Iqmal!Wah kacaknya dia dengan kemeja dan berkot berwarna sedondon Safiera.
“Fiera ramai ke kau jemput”Lissa teringat akan rakan-rakan sekolah mereka dahulu.Maklumlah dalam majlis beginilah mereka dapat bertemu,kerana masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.Ramai juga kenalan lama yang masih berperangai gila-gila seperti dahulu,namun Lissa tidak ambil pusing asalkan mereka bahagia!
“Semuanya aku jemput Lissa,tidak terkecuali tau”ucap Safiera menyebabkan darah gemuruh menyerbu ke muka Lissa tiba-tiba.Lissa tidak pasti kenapa tiba-tiba mengelabah.Safiera perasan perubahan sahabatnya itu.
“Lissa,aku jumpa Iqmal kejap,kau tunggu sini tau”pesan Safiera  sambil berlalu pergi dari situ mendapatkan Iqmal.Lissa hanya menggangguk.Dia mempunyai misi tersendiri untuk sahabatnya itu.
Lissa berlalu untuk mengambil air di meja buffet,keramahan rakan-rakan lama menyebabkan Lissa ingin kembali pada zaman persekolahannya.Kalau diikutkan zaman itu sangat indah,tidak sesukar sekarang untuk melalui liku-liku kehidupan yang mendatang!
“Melissa…..”
Suara itu.Rindu,tapi Lissa tidak sanggup untuk menatap wajah itu. Tubuhnya membatu bagaikan patung.Mujurlah gelas yang dipegangnya tidak terhempas ke lantai.Entah bila,seorang lelaki sudah terpacak di hadapannya.Lidahnya kelu,walaupun hanya nama itu yang terlintas di fikirannya.Lissa pasti dia orangnya. Lelaki yang sentiasa didambakan setiap saat tanpa mengenal batasannya.Lissa memberanikan diri menatap wajah di hadapannya,tapi mengapa dalam situasi yang tidak di sangka akan berlaku.Wajah itu melebarkan senyuman yang amat dirinduinya selama ini.Haikal!getusnya dalam hati.Apakah semua ini??Lissa tidak sanggup untuk bertahan lama lagi disitu,tangannya kesejukan tiba-tiba.Tanpa bicara,Lissa melangkah pergi dari situ.Safiera, Iqmal dan rakan-rakan yang leka berbual bertanya sama sendiri. Dia tidak peduli apa yang akan terjadi.Dari celah-celah orang ramai Lissa melangkah pergi.Dia terdengar laungan suara Safiera memanggilnya di halaman rumah,tapi dia nekad.Keretanya terus meluncur laju dari situ.
Keesokan paginya,Lissa menelefon Safiera memohon maaf atas kejadian yang berpunca darinya semalaman.Sejujurnya dia tidak berniat untuk menegangkan majlis yang meriah itu,tapi dia tiada pilihan lain.Dia tidak sanggup berdepan dengan wajah itu.Sedangan wajah itulah yang kerap menghantui dirinya sehingga kini.Ya sehingga kini.Mujurlah majlis itu berjalan seperti biasa yang di rancang sebelum ini apabila dia pergi selepas beberapa minit dari situ,Walapun dia tidak dapat melihat sahabatnya itu meniup lilin dihadapannya.Moga pemberian ikhlasnya berupa kapal layar kristal akan melipat segala kesilapannya pada Shafiera.Dia tahu sahabatnya mempunyai minit mendalam dalam aktiviti skuba laut dalam dan minit mengumpul koleksi kapal-kapal beraneka jenis.
Kau muncul pada ketika aku ingin melupakan dirimu,mengapa kau hadir ketika ini,sedangkan aku sudah lama menunggumu.
Lissa mengambil cuti beberapa hari,memandangkan perbicaraan kesnya telah ditangguhkan,pada kesempatan tersebut dia bercadang untuk menziarahi neneknya di kampung.Rindu pada kampung tiba-tiba begitu berkecamuk di hatinya.

Seawal pukul 6 pagi,Lissa sudah bangun untuk bersolat subuh,walaupun bahunya masih lagi terasa sengal-sengal akibat memandu terlalu lama semalam.Nasib baik di sempat sampai awal sebelum waktu senja melabuhkan tirainya.Lissa bercadang untuk menolong neneknya di kebun pada hari ini,lagipun kata nenek buah-buah rambutan agak menjadi pada tahun ini.Dah lama jugak ini tidak menikmati buah kegemaranya itu.
“Ermm..sedap betul la nek,rambutan ini”ucap Lissa sambil mengunyah manakala tangannya ligat mengopek kulit rambutan yang seterusnya.
“Nanti bolehlah buat balik Kuala Lumpur,banyak lagi kat belakang itu”ujur nenek,sambil menghelakan pandangannya ke dusunnya yang terletak tidak beberapa jauh dari pangkin mereka duduk.Seingat Lissa tidak jauh dari situ juga ada sebatang anak sungai.
Pada petang harinya.Lissa berkunjung ke rumah sahabatnya lamanya yang tidak jauh dari situ,Akhirnya tercapai juga hasrat Amiera sahabat sekelasnya dahulu untuk menjadi menjadi seorang penternak cacing.Menurutnya bidang ini berpotensi untuk dimajukan dengan lebih giat lagi.Nyata usahanya selama ini berbaloi.
“Lama jugak kan tak jumpa kau,makin cantik”usik Amiera dengan menatang minuman buat tetamu istimewanya.
“Ada-ada je lah kau ni kan,mak kau mana?”ucap Lissa sambil menjenguk-jenguk di sekeliling rumah.
“Hish,kau ni macam tak tahu pulak,mak aku kat kilang keropak dia la”
“Ooo…kau happy ke kerja dan duduk kat kampung”
“Ok la,lagipun perniagaan aku pun  baru nak bermulakan,kau pulak”
“Biasa je,sibuk dengan kes yang berlambak kat ofis tu”
“Iya ke,kesiannya siapa jadi boyfriend kau ni kan asyik busy je memanjang”sindir Amiera dengan penuh gurauan.
“Entah la Miera.ada boyfriend ke,tak ada boyfriend sama je”ucapnya dengan ribuan keluhan.
“Iya ke?
“Eh apa cite dengan hero paling hensam yang kau tunjuk kat aku dulu ah.Kau beruntung la dapat dia.Mesti makin hensem kan sekarang nie?”tiba-tiba Amiera teringat mengenai sesuatu.Kalau tudak salahnya dulu,Lissa ada menunjukkannya gambar buah hati padanya dulu.
“Siapa?”soal Lissa acuh tak acuh.
“Haikalkan nama dia,pe cite hubungan kau orang sekarang,wei ajak la dia datang kampung aku ni hah.Boleh la dia kenal kampong kau nie ha”bicara sahabatnya semakin panjang.Lemaslah aku macam nie”sungut Lissa dalam hati.
“Aku sendiri pun tak tahu nak cakap,hubungan kami putus beberapa tahun lalu,tapi….
“What?Apa yang dah berlaku sebenarnya.Laa kenapa pulak jadi macam tu?”
“Aku tak merancang semua ini akan berlaku,sekarang ni pulak aku dilema untuk terima dia balik”Sayu pengucapan Lissa di penghujung ayat.
“Lissa kenapa ini,aku masih keliru pada yang terjadi pada kau,kau kena tabah terima semua ni”jawab Ameira sambil memegang bahu sahabatnya itu.Sesungguhnya dia mahu berkongsi kesedihan yang dialami sahabatnya itu.Beransur-ansur Lissa mulai penceritaan yang melingkarinya selama 4 tahun lalu.
“Lissa,daripada apa yang aku dengar, aku dapat merasakan kau masih sayangkan dia.”Ameira simpati dengan kisah percintaan sahabatnya itu.
“Aku tak tahulah Meira,semua ni terjadi bukan kehendak aku.Mungkin Tuhan mahu menguji aku”jawab Lissa dengan pasrah.Ya,dia sudah bingung memikirkan semua yang berlaku.
“Aku harap,kau jumpa dia.Selesaikan semua ni dengan cara yang terbaik.OK.”Ameira memeluk sahabatnya itu dengan erat.Semoga kebahagian menjadi milikku teman!

“Segalanya nyata ku masih menyayangi dirimu” 
“Maafkan saya”kata-kata itu meledakkan perasaan kecewa di hati Lissa.Mengapa begitu mudah!Lissa menundukkan wajah ke bawah,tangannya bermain dengan straw minuman.Lissa tahu mata lelaki itu tepat menikan wajahnya.Biarkan!Lissa tidak berdaya memandang wajah itu.Kalau diikutkan hati dia tidak mahu pertemuan ini berlaku,tapi desakan dan rayuan Safiera supaya permasalahan ini diselesaikan dengan segera menyebabkan Lissa memberanikan diri untuk bertemu Haikal.Lissa tahu kadang-kadang,sahabatnya itu keliru untuk menyebelahi mana-mana pihak kerana sama ada dia dan Haikal adalah kawan baiknya.Masalah harus diselesaikan hari ini juga!
“Lissa.awak dah tak sudi pandang saya lagi,saya tahu saya banyak buat salah pada awak…saya”
“Saya tak peduli semua itu,anggaplah saya dah benar-benar maafkan awak”pintas Lissa sedikit tegas.
“Saya tak berniat untuk tinggalkan awak,takkan semudah itu awak maafkan saya?”terang Haikal cuba menduga.
“Kalau itu yang awak mahukan,terpulanglah,apa jua alasan awak tinggalkan saya,tidak dapat mengubah apa yang saya alami,Saya tunggu awak pada hari,tapi awak tak datang,saya call telefon awak tidak dapat,saya  dan kawan-kawan buat berbagai cara untuk mendapatkan awak…tapi…”Lissa tidak mampu membayangkan keadaan itu untuk apabila dia cuba menghubungi Haikal.
“Lissa saya tahu saya bersalah,tapi saya terpaksa berbuat demikian,saya terdesak……saya”suara itu agak lemah kedengaran.Lissa mendongok wajah.Wajah itu sudah banyak berubah,kulitnya agak cerah dan mata itu membuatkan Lissa tidak boleh duduk senang sejak dari dahulu lagi.
“Tapi takkanlah awak tidak boleh bagitau saya atau kawan-kawan yang lain,awak tahu awak menghilang begitu hanya,senyap tanpa berita”jelas Lissa meluahkan rasa hati.
“Saya menerima berita ibu saya kritikal dua hari sebelum kita keputusan peperiksaan kita keluar,saya terpaksa bergegas ke London,awak tahukan ibu saya berubat di sana.Dalam keadaaan sedemikian saya tidak dapat fikirkan benda lain lagi melainkan ibu saya”ujur Haikal panjang lebar.Lissa terkejut mendengar penjelasan itu.Dia tidak menjangka perkara demikian akan berlaku.Seingatnya masa itu Haikal ada memberitahunya tentang penyakit jantung yang dihidapi ibunya,tapi kenapa dia tidak terlintas untuk memikirkan soal itu.Akukah yang mementingkan diri sendiri?
“Masya Allah,Lissa tidak tahu perkara tersebut akan menimpa awak,Lissa betul-betul tidak tahu,bagaimana keadaan mama awak”ucap Lissa seakan-akan berasa bersalah atas tanggapannya selama ini.Ada keruhan di wajah itu,Lissa ternanti penjelasan seterusnya dari Haikal.
“Mama meninggal selepas dua hari saya sampai ke sana, Mujurlah saya sempat berbual dengannya sebelum itu. Sebenarnya saya pun tak sanggup melihat mama menderita lagi,dengan kematiannya saya berharap dia lebih aman disana”ucap Haikal dengan tenang.Masih tergambar ia ruang ingatannya,mama memeluknya erat sebelum itu,mungkin mama sudah mengetahui ajalnya akan tiba.Dalam keadaan demikian mama masih bergurau dengannya.Katanya Lissa gadis yang cantik,sopan dan hormat orang tua.Seandainya mama tahu,gadis itulah yang berjaya menambat hati anakmu ini.
Lissa termenung sendirian.Mujurlah dia seorang sahaja yang berada di rumah memandangkan papa di pejabat,mama dengan  perusahaan butiknya manakala abangnya pula Hazril akan membicarakan satu kes pada pagi ini.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu keluarganya melihat dirinya kesusahan,lebih-lebih lagi apabila dia menangis,Biarlah dia yang menanggungnya sendiri.Haikal,nama itu masih bertakta di hati Lissa.Pertemuan dua hari lepas telah memecah segala kesulitan yang melanda dirinya selama ini.Dia tidak menyangka,bahawa selama ini Haikal begitu banyak menempuh segala cabaran seorong diri.Sedangkan dirinya tidak putus-putus mengalahkan lelaki itu atas kehancuran hatinya.Tapi dia juga hanya manusia biasa.Tidak pernah terbayang dibenak fikirannya Haikal akan bertolak ke Londan pada ketika itu.Fikirannya benar-benar buntu pada ketika itu.Sungguh!
Selepas kematian mamanya,Haikal tekad untuk tinggal dirumah bapa saudaranya di London,Haikal seakan-akan enggan untuk pergi jauh dari bumi tempat mamanya disemadikan.Sebulan kemudian Haikal cuba menelefon rumah Lissa,tapi Lissa sudah seminggu berangkat ke Amerika Syarikat kerana bercuti. Dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang Haikal mendapat tempat di universiti terkemuka di London,Lissa amat kagum dengan pencapaian Haikal kerana Haikal telah menjadi pelajar terbaik sekolah ketika itu,Dan sekarang Haikal adalah penolang pengarah urusan di sebuah syarikat terkemuka negara.Hatinya bagaikan tersentuh apabila Haikal masih menyayangi dirinya,sedangkan dirinya berniat untuk melupakan Haikal,tapi dia tahu ia sekadar kata-kata kerana Lissa tidak mampu untuk melupakan lelaki pujuannya itu.
“Lissa…saya sayangkan awak”
Dia cuba mencari kebenaran daripada kata-kata itu dengan panahan mata yang mendebarkan perasaannya.Dia yakin cintanya masih milik lelaki itu,Hatinya benar-benar seperti telah diubati.Tiada lagi luka yang selama ini menderitainya.
“Saya masih sayangkan awak sama seperti dahulu,walaupun kita berjauhan,tapi hati saya tidak pernah berpisah dari awak”
“Boleh saya percaya cakap awak?”soal Lissa cuba menduga kejujuran Haikal.
“Kenapa pulak”?
“Dekat sana kan ramai gadis lawa-lawa,seksi-seksi dan minah-minah saleh lagi tu...”
“Syyyh,saya tak peduli tentang mereka,saya pedulikan awak sebab saya cintakan awak!”
Lissa terpanar dengan pengucapan itu,dia malu sendiri dengan pengakuan Haikal.,Lissa juga mencintai Haikal.Kata-kata itu hanya lahir dari hatinya yang paling dalam.Dia masih tidak berani untuk mengungkapkan kalimah itu pabila berdepan dengan Haikal.Dia kaku sendiri.
Hari ini Lissa kembali ke pejabat setelah dua hari bercuti, fikirannya yang bercelaru sejak kebelakangan ini tidak lagi membebankan dirinya.Malahan Lissa makin tabah menghadapi kemungkinan yang mendatang.Lirikan senyuman di wajah Lissa mengundang tanda tanya daripada abangnya,Hazril.
“Lissa,are you okay?”sapa Hazril di muka pintu.Ketika itu Lissa baru sahaja membuka fail kes yang belum diselesaikan.Lissa mendongokkan kepala ke arah Hazril.
“Sure”jawab Lissa spontan.
“Really”Hazril cuba menduga.Sungguh dia gembira melihat wajah yang berseri milik adik kesayangannya itu.
“Yaaa.I want to tell you something….

“Lissa”
“Ya”
“Sudi tak awak kahwin dengan saya”
“Hah!!!”Hati kecil Lissa berkocak kegembiraan,sudah lama dia menunggu pengucapan itu sejak mereka kembali bersama  4 bulan lalu.Sebetulnya makam malam ini bagaikan lamaran putera raja kepada sang puteri yang akan menjadi permaisurinya.
     Pada hari yang dijanjikan termeterailah pertunangan antara Melissa Hanim dan Fahrin Haikal,apabila sebentuk cincin disarungkan ke jari manis Lissa.Kucupan mesra mama, membuatkan hati Lissa sayu,kini dia sudah bergelar tunangan orang,orang yang dicintainya selama ini.Tiada yang lebih mengembirakan Lissa apabila keluarganya merestui hubungan yang terjalin antara mereka selama ini.Syukur.Malahan abangnya juga cukup mesra mengajak Haikal makan malam ke rumah,apabila Lissa menjelaskan tentang berhubungan mereka berdua. Majlis diadakan ala kadar dengan menjemput saudara mara dan jiran tetangga,namun ia tetap meriah.
     Tidak jauh dari situ,Haikal dapat melihat wajah ayu Lissa bagaikan persis pelakon Lisa Surihani dengan baju kebaya ungu moden berenda Perancis.Lissa yang sedang berbual bersama teman-teman menjeling manja ke arah Haikal.Sebuah senyuman terukir di wajahnya.
“Haikal,nanti kahwin la cepat-cepat dengan Lissa ya”ujur Shafiera seraya meminta diri untuk menjamu selera dengan Iqmal di ruangan yang disediakan.Haikal melirik senyuman kepada Lissa yang berada hampir dengannya.
“Sepatutnya kau la yang kahwin dulu.kan dah lama sangat bertunang”balas Lissa cuba mengenakan sahabatnya itu.
“Tak boleh,kau tu kan cantik,nanti sakit mata Haikal tengok orang lain pandang kau”bantah Shafiera dengan gurauan.Keempat-empat mereka ketawa serentak.
Lissa menatap tepat pada wajah Haikal yang berada di sebelahnya yang kelihatan segak,walaupun dengan memakai kemeja biru dan keluar slack.Sungguh.Haikal juga telah mewakilkan keluarga ibu angkatnya untuk menguruskan hal ehwal pertunangannya.Lissa asyik memandang tetamu yang datang dari arah pintu pagar kediaman rumah.Matanya kemudian beralih pada pasangan sejoli iaitu Shafiera dan Iqmal,juga rakan-rakan yang lain enak menjamu selera. Sesekali,mereka melambai tangan ke arahnya.
“Lissa terima kasih,kerana sudi terima saya…saya”Haikal bersuara seakan berbisik
“Haikal,saya sayangkan awak,janganlah diingat perkara yang lepas”Lissa menyanggah kata-kata itu.
“Ok…kalau macam itu boleh saya cintakan awak buat selamanya” ucap Haikal dengan penuh keikhlasan.Degupan jantung Lissa bagaikan terhenti,Haikal kerap membuatkannya dalam umpama mimpi.Namun sekarang bukan lagi mimpi yang ditemui ketika lena beradu.
“Janji”
“Janji,tapi awak kena kahwin dengan dengan saya secepat mungkin tau”beritahu Haikal dengan kesungguhan walaupun berbaur gurauan.
“Hah,tapi kitakan baru je bertunang”balas Lissa agak terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Haikal.
“Tak boleh,nanti Haikal sakit mata tengok orang lain pandang Lissa”Haikal cuba mengulang kata-kata Shafiera sebentar tadi.Lissa tergelak sendiri dengan kata-kata tunangan itu.
“I love you so much”ucap Haikal memandang tepat ke mata Lissa.Tangan Lissa digenggam lembut.Pandangan mereka bersatu.
“Love you too”akhirnya Lissa mampu meluahkan kata-kata itu buat yang tersayang.
      Hari-hari yang mendatang,bagaikan kehidupan baru buat Lissa,Semua ini ada hikmahnya.Hubungannya dengan Haikal semakin baik,bagi Lissa biarlah perkara lalu akan menjadi iktibar kepadanya supaya selepas ini dia akan lebih matang dalam menghadapi liku-liku perhubungan mereka.Dengan persetuuan kedua-dua belah pihak Lissa dan Haikal disatukan.Moga kebahagiaan kita akan berkekalan selama-lamanya
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta senjati.

Lagenda Budak Setan - Bila Cinta (Female Version)

Lagenda Budak Setan - Bila Cinta (Female Version)

Thursday, 10 March 2011


Sesungguhnya pada saat ini,hati ini masih milikmu sahabat..aku sesekali tewas dengan perasaan..perasaan yang tidak ku pasti.apa yang sebenarnya…
Jujur…cinta ini masih lagi berbekas di hati ini,
Izinkan aku untuk terus menyayangi dirimu dalam diam..
Jika itulah sahaja jalan yang aku ada untuk itu…
Maafkan aku…….
Bagaimana harus ku lalui hidup ini tanpa dirimu..
Aku masih mendengar kata-katamu berbicara untukku..
Senyumanmu ada di mana-mana..
Tapi jasadmu sudah jauh meninggalkan diriku..
Aku dapat bertahan hari ini demi sebuah kebahagian hidup akan datang..
Aku cuba menjadi…
Setabah yang mungkin…

Wednesday, 9 March 2011

BerfiKiR



Dalam  hidup ini banyak dugaan yang  perlu diharungi,tanpa mengenal semua ini kita tidak mungkin akan mengenal,apakah itu kesusahan,apakah itu kepayahan,apakah itu kekusutan,apakah itu penderitaan,apakah itu penyelesaian..semuanya mesti difikirkan.Semua ini tentu sekali tidak mudah bagi kita apabila membuat keputusan dalam menentukan sesuatu keputusan yang terbaik dalam kehidupan

Sunday, 6 March 2011

Demi MaSa


untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan,kita mesti merendah diri,bersopan santun,dan menghormati orang lain,menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan,jangan sesekali membatalkan temu janji,berdisiplin,bangun awal dan tidur lambat.

Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam fikiran,mencatat segera idea yang datang bertindak segera dan memberi reaksi tepat pada waktunya

Selain itu,kita mesti percaya dan yakin pada diri.jika anda percayakan sesuatu,teruskan jangan fikir negatif dalam perniagaan lakukan secara berperingkat-peringkat walaupun perlahan-asalkan ia tindakan tepat elakkan daripada bersikap tikam belakangdan jangan mencari musuh


Saturday, 5 March 2011

PemaNdaNgaN aLaM

                                          




Segala yang ada dalam hidup ku
Ku sedari semua milik MU
Ku hanya hamba MU yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurus MU
Untuk menggapai Syurga MU
Terangi ku dalam setiap langkah hidup ku

Karena… ku tahu…
Hanya KAU… Tuhan ku…

Allahu Akbar
ALLAH Maha Besar
Ku memuja MU di setiap waktu

Hanyalah pada MU
Tempat ku berteduh
Memohon redha dan ampunan MU

Tunjukkan aku jalan lurus MU
Untuk menggapai Syurga MU
Terangi ku dalam setiap langkah hidup ku

Karena… ku tahu…
Hanya KAU… Tuhan ku…

Allahu Akbar
ALLAH Maha Besar
Ku memuja MU di setiap waktu

Hanyalah pada MU
Tempat ku berteduh
Memohon redha dan ampunan MU

Allahu Akbar
ALLAH Maha Besar
Ku memuja MU di setiap waktu

Hanyalah pada MU
Tempat ku berteduh
Memohon redha dan ampunan MU

Allahu Akbar
ALLAH Maha Besar
Ku memuja MU di setiap waktu

Hanyalah pada MU
Tempat ku berteduh
Memohon redha dan ampunan MU