Monday, 4 April 2011

Kita tetap kiTa...)


Pertama kali  perkenalan antara kita…aku merasakan kau adalah lelaki yang terbaik…Walaupun aku sebenarnya terlalu sukar untuk melafazkan kalimat itu…sungguh aku tidak pernah berkata begini kepada lelaki-lelaki  lain yang pernah kukenali...Kau yang pertama…Tetapi sayang Tuhan itu lebih menyayangimu lebihan sayang insani.Hanya kepadaNya kita kembali…
Mengingati detik-detik bersamamu suatu ketika dahulu adalah memori yang menjadi mimpi-mimpiku yang tidak pernah berhenti…Namun aku sedar dirimu telah jauh meninggalkan dunia yang fana ini…Meskipun begitu aku senantiasa mendoakan dirimu di tempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan taat kepadaNya.
Mengenalimu suatu keindahan yang tidak akan aku lupakan sepanjang hayatku..sungguh aku amat mengagumi dirimu sahabat..kita di izinkan untuk bersama hanya seketika..namun segala yang  berlaku antara kita amat sukar dilupakan dalam memori hidupku..kau terlalu istimewa untukku..aku tahu kita mempunyai perasaan yang sama dan impian yang sama…namun Dia Maha Mengetahui.Dia telah menentukan segalanya untuk kita.. dan kita hanyalah hambaNya..
Walaupun kita diciptakan bukan untuk bersama untuk merasai perasaan kurniaanNya..aku tahu janjiNya pada hambaNya yang sujud patuh kepadaNya..Insya allah.Doa ku moga kebahagian ini akan berkekalan sampai ke hujungnya.Kita akan bertemu di alam berkekalan buat selamanya..Amin
Aku akan terus bertahan
Demi cintaku padaNya
Harapanku hanya Satu
Keredhaan dariMu…
Tetapkanlah hatiku hanya untukMu
Tanpa berbelah bahagi…