Friday, 25 May 2012

buat dirimu

kerinduaanku hanya pada dirinya..yang menyempurnakan segenap rasa hati rasa seandainya aku keseorangan.padamu aku tidak pernah meminta selain untuk kamu menemani diriiku di kala kesepian.tanpamu aku hilang dalam pencariaan mengenal punca dalam keadaan yang mencengkam naluri diri.Aku memerlukan dirimu untuk teruskan apa yang terdaya aku lakukan.kerana aku lakukan hanya untuk kita.Jika suatu masa keadaaan menghendakkan kita tidak ada lagi pertemuan untuk aku untukmu.aku pasrah.namun aku pasti akan berusaha untuk menatapmu buat sekalian kalinya.kerana aku tidak bisa pergi tanpa kata......

Thursday, 24 May 2012

mengenangkan masa berlalu

Dia bakal meninggalkan kehidupannya yang sebelumnya,untuk meniti hari baru.Ya.esok hari bahagianya.Namun aku tidak mempunyai kesempatan untuk mengisi keriuhan suasana bahagia,walaupun yang sekejap.kerana aku jauh dari masa dan tempat.Tapi aku dapat bayangkan tentunya semua akan berjalan seperti yang dirancang.Impianku sebelum ini,ingin melihat hari bahagianya kerana aku cukup berharap pada suatu masa kelak dia akan bertemu dengan seseorang yang telah diciptakan untuk dirinya sehingga ke akhir hayat.Insya Allah aku akan senantiasa mendoakan kebahagiaan dirinya bersama pasangannya.Majlis itu akan berlangsung pada tengahari esok....dan segalanya bakal berubah.Setelah aku pulang nanti tentunya aku tidak mempunyai kesempata untuk bertemu dengan dirinya lagi.kerana dia bakal pergi jauh..Dia akan setia bersama dengan pasangannya.Aku pasrah.Andainya itu ketentuannya.Aku terima.Cuma kadangkala aku terkenangkan kenangan dulu-dulu.bila masa dia akan sentiasa menjaga dan membelaiku....semua sudah terakhir.
aku harapkan dia akan menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.....

Part 3






Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu



Walaupun jasad saya jauh daripada dirinya,tapi saya dapat rasakan hati saya betul2 dekat dihatinya.saya tiada kekuatan untuk melupakan dirinya.awak,dia lelaki terbaik untuk disakiti.tapi saya tidak berdaya.saya terpaksa.saya terpaksa demi hasrat seorang ibu.saya tidak sanggup melihat ibu saya bekerja sampai malam semata-mata untuk tanggung kos sara hidup.itu tidak termasuk dengan perbelanjaan pengajian saya.jujur saya bagitahu awak dengan pendapatan bulanan ibu saya tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan harian hidupnya.bagaimana pula dengan saya ?. saya tidak tahan melihat ibu terpaksa bekerja.pertama kali pulang cuti semester selepas pemergian ayah hati saya betul2 sebak.pagi itu ibu saya tidak dapat bekerja kerana kakinya terseliuh semasa menaiki bas untuk ke tempat kerja.sakitnya makin melarat.saya mengajaknya ke klinik tapi dia enggan.dia cakap kos beli ubat itu dapat saya gunakan beli terdesak nanti.saya cakap pada dia saya boleh bekerja sementara bermulanya semester baru.tapi dia tidak  membenarkan saya berbuat  demikian. seminggu saya di kampung saya dikunjungi kawan yang saya kenal semasa saya mengikuti latihan fotografi di Miri.Dia seorang baik.Itulah detik permulaan ibu mengenali kawan saya iaitu  Imran.Ibu amat menyenanginya.lebih2 lagi saya rasakan Imran lebih memahami ibu saya daripada saya sendiri.Imran sebenarnya telah kematian itu.Ayahnya berkahwin lain semasa umurnya 12 tahun.tapi dia cakap dia tidak rapat sangat dengan ibunya.Ibu sebenarnya tidak putus bercerita pasal Imran ada sahaja topik yang turut dikaitkan dengan Imran.saya mengiyakan sahaja bila ibu bertanya itu dan ini.sebolehnya saya cuba menyakinkan ibu bahawa saya dan Imran hanya kawan tidak lebih daripada itu.

Sunday, 6 May 2012

tak tercapai akal


Part 2
Saya masih terkenang pada permulaan perkenalan kami.Dialah selalu ada bila saya perlukan pendapat dan nasihat dia.Kadang-kadang saya rasa dia amat dekat dengan fikiran dan hati saya.dengan nada bergurau  dia pernah berkata dia pernah menangkap gambar saya ketika  sedang asyik melukis.saya tergelak dengan dengan kenakalannya.dia memang seorang yang periang,mudah diajak berbincang,kuat kerja dan kadang-kadang mudah merajuk.tapi dia mudah dipujuk.4 bulan selepas itu.kami telah rasmi bergelar pasangan kekasih.saya pernah kata kat dia awaklah perempuan pertama yang saya sangat cinta selepas ibu saya.dia tergelak.dia cakap lelaki suka sangat cakap macam itu.tapi saya cakap saya serius sayangkan dia.dan takkan mungkin saya akan jumpa perempuan lain seperti dirinya.masa itu saya betul2 tekad  dialah pertama dan terakhir untuk saya.sebab saya sukar nak cari apa yang membuatkan saya sayangkan seseorang.sejujurnya dialah cinta pertama saya ! . Angan-angan saya bila saya sudah bekerja saya nak kahwin dengan dia.sepanjang percintaan kami,tiada benda yang lebih penting apabila melihat dia sentiasa tersenyum dan suka mengusik.saya nak dia bahagia bila kami bersama.dan saya dapat lihat dari sinar matanya.tapi sebenarnya kami tidaklah macam pasangan lain yang sentiasa berjumpa.sebab masing2 amat memberi komitmen dengan kerja dan tugasan.saya dan dia persamaan.prinsip kami juga agak sama.kami tiada masalah kalau kami tidak berjumpa walaupun beberapa hari.tapi saya selalu terima mesej:
“Sayang,may allah always bless u.and I love everything 4 u”
Bila teringat akan dirinya,saya selalu bertekad untuk lakukan terbaik untuk tugasan.terlalu hebat penangan cintanya.dia seorang yang memahami,bila waktu yang dibahagikan untuk kerja dan bersama kawan-kawan.saya tiada masalah jika keluar bersama kawan-kawannya dan sebaliknya.dia pernah bercinta semasa zaman sekolah dahulu.dia kata cinta monyet.entahlah.tapi dia cakap teman lelakinya itu tinggalkan dia sebabkan perempuan lain yang dia  kenal kat PULAPOL.tapi dia tak berdendam pun dengan lelaki itu.mungkin bukan jodohnya.dia terima dengan reda apa yang lelaki itu buat kat dia.dia selalu pesan kat saya,dia sayangkan saya.dan dia tak nak kami berpisah.saya pegang kata-kata itu sebab saya amat2 menyayangi dirinya dan saya tidak mahu sakiti hatinya buat kali kedua.setiap malam saya berdoa Tuhan berikan kebahagiaan kepada orang yang saya cintai.