Thursday 24 May 2012

mengenangkan masa berlalu

Dia bakal meninggalkan kehidupannya yang sebelumnya,untuk meniti hari baru.Ya.esok hari bahagianya.Namun aku tidak mempunyai kesempatan untuk mengisi keriuhan suasana bahagia,walaupun yang sekejap.kerana aku jauh dari masa dan tempat.Tapi aku dapat bayangkan tentunya semua akan berjalan seperti yang dirancang.Impianku sebelum ini,ingin melihat hari bahagianya kerana aku cukup berharap pada suatu masa kelak dia akan bertemu dengan seseorang yang telah diciptakan untuk dirinya sehingga ke akhir hayat.Insya Allah aku akan senantiasa mendoakan kebahagiaan dirinya bersama pasangannya.Majlis itu akan berlangsung pada tengahari esok....dan segalanya bakal berubah.Setelah aku pulang nanti tentunya aku tidak mempunyai kesempata untuk bertemu dengan dirinya lagi.kerana dia bakal pergi jauh..Dia akan setia bersama dengan pasangannya.Aku pasrah.Andainya itu ketentuannya.Aku terima.Cuma kadangkala aku terkenangkan kenangan dulu-dulu.bila masa dia akan sentiasa menjaga dan membelaiku....semua sudah terakhir.
aku harapkan dia akan menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.....

No comments:

Post a Comment