Thursday, 3 November 2011

cintaku

Cintaku satu anugerah
lahir dari hati yang setia
tergenggam erat dilipatan sanubari
terhias indah di balkoni hati
penuh dengan kasih dan sayang
Cintaku satu kepastian hati
sukar untuk tergugat oleh perasaan
walaupun seindah pelangi menyapa
secantik kasih rembulan bersahut
sepanas kasih mentari bersinar
cintaku tidak pernah tergadai
Cintaku satu anugerah terindah
penuh onak dan duri
terlakar dikanvas hati terluka
berdarah berpilin madu
segalanya sukar dipandangan mata kasar
namun cintaku indah
cintaku mampu bertahan hingga hujung usia
cintaku sukar untuk dilafazkan
cintaku sukar untuk dinodai
yang pasti cintaku setia
menghuni hati yang kesakitan
menghuni jiwa yang terlara
menghuni kasih yang terbahagi
tanpa ku sesali..takdir yang menimpa
tanpa ku kesali..maksud yang tersirat
tanpa ku duga ..cintaku teruji lagi
di persada kasih yang berwarna indah
tersulam kelam bertenun muram
terukir hiba dalam senyuman

No comments:

Post a Comment